nak cari gift yang untuk semua acara....

Sunday, December 16, 2012

Kisah cintaku dan panda ku

Saya masi ingat prinsip sya waktu skolah dalam persahabatan.'friend in
need is a friend indeed' mungkin itu sebabnya saya masih berkawan
dengan orang2 yang menganiaya saya...
Alangkah naifnya diri ini walaupun tahu diri di aniaya masih lagi mau
berkawan dengan dorang....bukan apa mungkin saya takut saya tidak akan
mendapat kawan lain lagi, saya takut untuk kehilangan mereka.saya agak
pemalu waktu sekolah,sebab masa saya sekolah rendah saya sering di
buli oleh rakan sekelas...ada yang panggil saya 'puok' (burung hantu
*bahasa dusun) ada yang panggil saya sotong...mungkin sebab mata saya
ni besar tak padan dengan muka saya yang kecil.
Saya tak ingat macam mana saya boleh menyukai budak lelaki berkaca
mata yang berlainan sekolah. Tapi, itu lah kami tinggal di kawasan
perumahan yang sama. Sampai satu tahap saya tulis surat pendek untuk
di berikan kepadanya...tapi yah saya ni pemalu...dan jarang
bercakap.last last surat tu saya selit dalam badan panda bear
kesayangan saya.
Hari berganti tahun...saya berada dalam alam remaja....hem alam remaja
yang penuh cabaran dalam konflik mencari indentiti diri. Bagi saya
'simple is my choice'...sampaila satu hari saya jumpa ayat di dinding
sekolah... 'friend in need is a friend indeed' saya rasa saya boleh
jadi sahabat setia dan baik.
Oleh kerana sifat pemalu saya yg sangat tebal saya di permainkan oleh
rakan sekelas saya.hampir2 saya di bawa berjumpa dengan pengetua
sekolah gara2 mereka. Akhirnya saya sendiri berjumpa dengan c mangsa
kejadian untuk meminta maaf. Tapi saya adalah mangsa
penganiayaan.siapa diorang tu? I just don't want to mention any name
here, let it be a secret....my secret.

Oh ya, tentang lelaki berkaca mata tu.... Saya masih setia
menyukainya....sehinggalah satu hari saya dengar dia mau bersekolah ke
sekolah vokasional. Tak tau apa nak buat sebelum ni boleh dikatakan
setiap hari saya hantar surat kepadanya...dengan sign 'secret admire'.
Ah bodohnya saya rasa sebab guna tag itu..kenapa saya tidak guna nama
saya saja? Saya seorang yang pemalu...malu untuk bertembung dengannya
apatah lagi nak bersemuka dengannya.
Akhirnya minta bantuan dengan kawan...call rumahnya,....guna public
phone dan sebab saya tak tau nombor telepon rumahnya...huhuhu
Bila suda mula bercakap dengannya seluruh tubuh menggeletar...jantung
berdegup kencang sampai suara hampir hampir nda tekeluar.
Dia: helo...
Sya:errr ya helo...
Dia:sepa ni? **** ka?
Sya: errr ya...
Dia:ko suka sama sya ka?
Sya: em ............ Ya!
Dia:kalau sya cakap,ko jangan nangis ah?
Sya: em nda.
Dia: emm... Bukan apa, selama ni sya cuma anggap ko ni macam adik sya sendiri.
Aduh! Macam terhenti jantung sya.... Bibir sya menggeletar....lepas tu
sya tak tau mo cakap apa lagi.sya letak ganggang telefon.kawan saya
tu, lepas dia serah telefon sama saya...dia terus pulang... Saya
menahan airmata daripada luruh di pipi saya.sya nda tunggu lagi...saya
terus berlari pulang....nasib baik tak ada orang di rumah. Bapa pergi
kerja adik sekolah sidang petang. Mak dan adik bungsu balik kampung.
Sampai rumah saya luahkan semua sama panda bear kesayangan saya.saya
peluk panda,sya keluarkan surat pendek yang saya tulis 4 tahun lepas
dari panda kemudian saya bakar di singki sambil menangis......
Akhirnya saya tertidur..nasib baik kawan2 tak datang bertandang
kerumah. Duduk di tingkap bilik rumah dapat lihat dia bila dia duduk
dekat tingkap biliknya. Rawan hati sedih,pilu...hancur....panda jadi
basah...sya peluk panda,sya usap panda...kalau la panda tu boleh
bercakap....hidup....dia tahu semua isi hati saya.
Bila dia suda pindah sekolah...saya mulai keluar...jadi agak liar
sikit...banyak cakap dan lebihberani mengusik lelaki...mengusik
saja.hihi
Tapi...sebenarnya, hati masi meracau mencari dia.sebelah hati kata 'ko
tunggu la dia' tapi sebelah lagi kata...'ah ko masi muda,kan dia cuma
anggap ko macam adik dia.apalagi ko mo cari2 dia?'
Ku panjatkan doa kepada tuhan agar mengunci hatiku untuk mana2
lelaki...sehinggala ianya bertemu dengan lelaki yang ada kuncinya.
Tapi, hakikatnya ada satu taman dalam hati..pagar taman tu masih
berkunci,dalam taman tu,ada pokok kaktus liar,di tengah2 kaktus
tu...ada satu 'pohon hati' yang masih hidup mekar sehingga kini.
Namun kini hatiku di rundung rawan lagi...apabila semuanya hampir
bermula,tetapi hancur kembali.walaupun begitu, 'pohon hati' itu tetap
di tempatnya.masih menunggu tuan punya kunci untuk membukanya dan
memetik 'pohon hati' tersebut untuk di tanam dalam taman hatinya.

No comments:

Post a Comment