nak cari gift yang untuk semua acara....

Thursday, April 10, 2014

Kisah hidup berumah tangga.

Kisah hidup...
Satu waktu dulu si isteri yg punya akaun FB... Telah mengepos status menyatakan selamat hari lahir kepada anaknya. Kemudian rakan FB nya seorang lelaki juga membalas komen dgn ucapan yg sama. Si suami ternampak komen tersebut dipanggilnya si isteri kedalam bilik dan memarahi si isteri. Si isteri sakit hati kerana di tuduh suami bahawa lelaki yg menghantar komen itu ada hubungan dengannya padahal cuma rakan FB tiada apa2 pun. Si suami juga menyatakan yg kepercayaan terhadap si istri telah berkurangan kepada 90%. Si isteri hanya berdiam diri air mata bercucuran tidak tahu apa lagi yg nak dijelaskan sebab lelaki yg membalas komen itu hanya rakan FB itu saja. Si isteri redha. Satu ketika si suami terbaca msj tentang joinventure bisnes. Sebenarnya si isteri baru bertanya tentang bisnes itu untuk lebih faham lagipun cuma kawan lama yang dia memang kenal dari sekolah rendah. Cuma sms, si suami naik angin lagi. Si isteri terangkan yang sebenarnya kerana itu hanya berbalas sms tentang bisnes pun.
Satu ketika si suami sudah ada fb.... Wechat dan wassap itu pun si isteri yg ajak download supaya dpt berbalas msj dan panggilan percuma. kemudian Si isteri tahu si suami rapat dengan seorang perempuan. Si suami kenalkan adik angkatnya itu... Cuma adik angkat itu yg si suami nyatakan kepada isterinya. Si isteri menyedari mereka lebih rapat tidak serapat adik beradik pun. Tengah malam berbalas msj tengah malam buat panggilan tanya dah sampai rumah atau belum dah tidur atau belum bangun pagi nak minta kejutkan. Nak pergi kerja pun nak kena pick up selepas si suami mengantar isterinya pergi kerja. Padahal satu jalan saja pun tidak salah singgah sebb kereta masih kosong.
Isteri mana yang tidak terasa semua tu... Isteri mana tidak kecik ati dengan keadaan mcam tu...isteri mana yang tidak hilang senyum sejak kejadian tu....
Si isteri mohon ampun jika senyumannya tidak seindah dulu.... Si isteri mohon maaf jika si suami terasa perubahan si isteri.... Tapi si suami tolong la berfikir kenapa si isteri menjadi begitu.... Si suami tolonglah ingat sejak bila si isterinya berubah wajah.
Si isteri minta maaf kerana senyumannya tidak akan sama seperti dulu. 

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete