nak cari gift yang untuk semua acara....

Tuesday, January 10, 2012

Alahai dunia.

halahai dunia dunia.. apalah nak jadi kan? sekejap begini, sekejap begitu. Tunggang terbalik dah rasanya. kalau dulu, jalan-jalan tepi jalan, terserempak dengan gadis manis aww pakai seksi meksi, pasti dah ada yang beranggapan mereka ni sangat sosial. terdedah dengan kehidupan malam yang liar. tidak pandai menjaga diri. atau dalam erti kata lain. pasti dah barai. pasti dah pernah wat tut tut. pasti dah terlanjur. kalau dulu, jarang lah kita dengar tentang suami atau isteri yang makan luar. hmm.. apatah lagi isteri. sangat jarang lah. tapi kini, perkara-perkara begini macam dah jadi perkara biasa. kan? orang yang dah berkahwin pun dah tak aman. si isteri takut si suami main kayu tiga. si suami juga pun menghadapi masalah yang sama, risaukan isteri main kayu tiga belas. tapi mana nak buatnya. nak suruh isteri duk umah? perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman dedulu. yelah! zaman dedulu, tempat perempuan kan ke di ceruk dapur. melayan suami, melayan keluarga. tapi zaman sekarang tidak lagi. zaman sekarang sudah moden. ada isteri yang membantu suami mencari nafkah supaya kehidupan lebih terjamin. zaman sekarang semua mahal beb. nak masuk toilet pun kena bayar. letak kereta tepi jalan pun kena saman. semua nak pakai duit. maka selari dengan keperluan saling tolong-menolong , tak salah kiranya kalau isteri membantu suami dengan mencari pendapatan sendiri. masalahnya, perempuan makin bijak. dan bila perempuan mula bekerja, pelbagai pengalaman baru yang mereka terima dan ini membuatkan mereka lebih ligat berfikir. dan bila otak sudah mula befikir, jaga-jaga wahai lelaki, kami lebih banyak akal daripada kamu semua. kalau tidak, takkanlah perempuan pun sudah mula menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran. yang membuat kan kaum lelaki risau sangat kan? sampai keluar dalam surat khabar yang mengatakan perempuan menguasai pentadbiran awam. apa kes? tapi masih, secara jujur, sebagai seorang perempuan, aku tetap mengakui, perempuan tetap di bawah lelaki. Dalam islam juga, ketua keluarga adalah lelaki. jika setinggi mana pun kerja si peempuan itu di luar sana, sekembalinya ke rumah, kata suami juga lah yang harus kita turuti. sebenarnya apa yang hendak aku ulas di sini adalah tentang si Ustazah yang terlanjur dengan lelaki lain. apa yang lebih menyedihkan, ketika si isteri lemas dalam dakapan teman lelaki berstatus suami orang itu, suaminya plak mati-mati ingat isterinya tidur di umah kawan, konon si Ustazah ada majlis sambutan hariraya anjuran sekolah tempatnya mengajar, kena balik lewat jadi terpaksa balik dengan kawan. dan yang menambah perisa dalam kisah ini, Ustazah tersebut dipercayai sanggup menempah hotel dan menanggung segala perbelanjaan makan dan tambang untuk lelaki tersebut agar mereka dapat merealisasikan impian mereka yg nak berzina itu. yaeyy!! tak malu betul. gatal !! bila dah terlanjur pandai plak si Ustazah cover line. kononnya mereka terlanjur disebabkan rasa sayang dan cinta di antara mereka. hahahaa... adeii, kalau dah nafsu tu mengalahkan tingginya gunung kinabalu sampai terlanjur, memang tiada kaitan dah dengan cinta dan sayang. semua tu kerna nafsu iblis semata-mata. cinta dan sayang sesuatu yang suci yang tak ternoda dengan penzinaan. bila suami orang tu tengah bahagia dengan anak dan isterinya dan tak pedulikan si ustazah tu lagi... si Ustazah plak sibuk hantar sms pada isteri lelaki tu mati-mati mengaku yang dia telah berzina dengan suami wanita tersebut. paling rasa nak muntah bila si ustazah sms pada lelaki tu mengugut nak telan pil tidur 10 biji kalau lelaki tu tak telefon dia pada malam tersebut.. uh uh uh....... alahai Ustazah, dah suami orang tu tak nak kat engkau, kau ganggu plak isterinya. sudah la terlanjur, ni nak meruntuhkan rumahtangga orang plak... paling kelakar bila si ustazah hantar sms pada wanita itu agar suaminya bertanggungjawa b apa yg suami wanita tu dah buat pada dia.. hahahahaa.. macam je lerr lelaki tu paksa si ustazah melakukan zina, padahal dia sendiri yang merelakan diri balik-balik pegi masuk bilik tidur lelaki tu semasa di hotel... menggoda lah kan.. dah la tu, ustazah tu bukannya anak dara tp bini orang.. hahahaa.. siap sengaja bubuh gincu pada t shirt lelaki tu agar si isteri lelaki nampak bila balik umah nanti dan berharap suami isteri tadi akan bergaduh.. fuh!! punya lah jahat si ustazah.. jadi macam mana tu? pakai tudung labuh. status ustazah. lulusan bidang agama dari universiti dalam bidang Syariah. tapi tetap hanyut dengan godaan syaitan. kerana nila setitik. habis tak dapat diminum susu satu tempayan. kerana dia, sedikit sebanyak ustazah-ustazah yang lain rasa malu tau. harap-harap, janganlah menyalahkan semua Ustazah-Ustazah yang ada. Ustazah ini aje yang terlepas muka depan surat khabar sebab tak tertangkap basah. tapi, bayangkan.. macam mana kalau tengah mengajar, ustazah tanya,"anak-anak, ada apa-apa soalan?" maka seorang anak murid angkat tangan dan bertanya,"ustazah? kenapa ustazah terlanjur? terlanjur tu apa? mak kata ada ustazah terlanjur.." erk! haru beb haru.. (sumber dari penderitaan seorang isteri yang diambil dari pengakuan pengalaman sebenar)

Sunday, January 8, 2012

Hati ini

hati ini.... tiada insan lain yang mengetahuinya tiada insan lain yang memahaminya tiada insan lain yang mendengar jeritannya tiada insan lain yang merinduinya hatiku merindui seseorang yang aku yakin dia tidak merinduiku maupun mengingatiku...