nak cari gift yang untuk semua acara....

Thursday, December 22, 2011

Buat teman yang pernah ku kasihi - Siri Akhir


Teman, 
      Kau memutuskan hubungan kita dan memperlaku diriku ibarat bola. Dia yang kukenali cuba untuk menenangkan diriku disaat aku berasa sangat kecewa dan hampir membelakangkan segala gala dan cuba membunuh diri. syukurlah ada dia waktu itu. teman menemuinya dan berkata "kau ambillah dia Aku tidak mahu lagi!"Oh! teman..saya tidak tahu di mana silapku....teman tidak pernah menyentuhku...walaupun cuba memegang tanganku.....tetapi kata-kata teman itu sangat mengguris perasaanku.. Dia telah memberitahuku apa yang teman katakan... aku menangis lagi. Dia mengetap bibir tanda geram. Lelaki apakah kau? memikirkan wanita ibarat pen! bila masih berdakwat kau guna sepuasnya tapi bila sudah tidak berdakwat? hendak disimpan untuk kenangan? kau tidak pernah memikirkan itu semua. kalau boleh kau lenyek dalam tong sampah. Aku kenal sudah siapa dirimu, gadis itu bukan gadis lagi...kau tak pernah mengaku didepanku tapi anak siapa dalam kandungannya? Kenapa kau jadi "Pak Sanggup" temanku Kenapa?

Teman,
    Selama itu aku berusaha 'mengembalikanmu kepada yang berhak". Aku ingin melihat teman hidup dalam keinsafan. Tapi ternayat teman lebih menyalahkan diriku. Apakah salahku? Pernahkah aku menyakiti hatimu? Tanyalah hatimu teman. Temanlah yang telah menyakiti hatiku, teman berbohong kepadaku. Tapi, biarla teman. Ku maafkan saja dirimu. Agar teman tidak rasa bersalah itupun kalau teman pernah rasa bersalah. Teman, kulihat teman kali terakhir duduk di beranda rumah..termenung jauh. Saat bas besar lalu depan rumahmu. Ku lihat wajah teman penuh kekesalan. Patutlah aku tidak melihat kelibat teman lagi di pekan, rupanya teman ada di rumah...selamat tinggal teman...selamat tinggal pekan kecil di kaki Gunung Kinabalu.

Teman,
    Bukan ku rayu padamu untuk kembali. tidak sama sekali.. Tapi ku rayu kepadamu teman kembalilah kepangkal jalan jenganla bergelumang dosa lagi. Ku bersyukur kerana mengetahui teman semakin sedar sejak pemergianku. Benarkah teman ingin menjadi "good boy"? Bagusla teman, Ku restui itu. Teman, jika kita bertemu sekali lagi suatu hari nanti.... anggaplah kita tidak pernah mengenali sesama kita..anggap la senyum ku itu nanti adalah senyum seorang asing yang ikhlas memberi senyuman sedekah.Teman, kini aku bahagia bersama orang yang lebih menyayangiku dan memahami diriku. aku amat berharap agar teman pun berbahagia bersama yang berhak untuk teman....


Sekianlah luahan hatiku khas buat mu Andy...

Sunday, November 20, 2011

Agama baru di pulau cinta

21 NOV — Baru-baru ini, semasa berkunjung ke sebuah pusat peranginan terkemuka, saya berpeluang bertemu sekumpulan belia pelbagai etnik.

Mereka menghadiri suatu program kaunseling berkumpulan yang diatur badan tertentu.

Kisah yang mereka ceritakan kepada saya amat menyentuh perasaan dan wajar dikongsikan bersama orang ramai. Malah, demikian juga permintaan 12 individu berkenaan.

Bagaimanapun, mereka meminta identiti diri dirahsiakan. Saya juga akan menggunakan frasa "Agama Asal" dan "Agama Baru" kerana artikel ini bukan berkaitan mana-mana agama, sebaliknya berkaitan manusia yang menjadi mangsa dan pemangsa atas nama agama.

"Kami diwajibkan menghadiri sesi kaunseling individu sebanyak sebelas kali. Selepas itu, kami perlu menyertai sesi kaunseling berkumpulan. Semua ini sudah mengambil masa empat tahun. Hanya selepas ini, kononnya kes kami akan dibawa ke mahkamah," seorang menceritakan.

"Malah, kaunselor sudah memaklumkan bahawa pihaknya akan meminta kebenaran mahkamah untuk mengadakan sebelas lagi sesi kaunseling sebelum kes diteruskan," seorang lagi menambah.

Kemudian, seorang demi seorang menceritakan kisah masing-masing. Pertemuan tanpa dirancang itu menjadi semacam sesi kaunseling berkumpulan untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

"Bapa saya tinggalkan Agama Asal dan masuk Agama Baru beberapa tahun selepas berkahwin. Emak tak ada pelajaran, lalu dia tukar agama akibat pujukan dan tipu-helah bapa. Kata bapa, perlu tukar agama sahaja, tak perlu amalkan. Kemudian, bapa mula halang emak sambut perayaan berkaitan Agama Asal," seorang pekerja swasta menceritakan.

Apabila anak-anak lahir, bapa berkenaan berkata, wajib tukar ke Agama Baru demi masa depan anak-anak sebelum mereka masuk sekolah.

Akan tetapi seluruh keluarga itu tidak pernah mengamalkan tuntutan Agama Baru; sebaliknya sentiasa mengamalkan ajaran Agama Asal.

"Kemudian, suatu hari, bapa meninggalkan keluarga semasa saya berumur lima tahun. Emak berjaya kembali ke Agama Asal. Begitu juga kakak dan abang," katanya sambil menahan sebak.

Hanya dia yang "tersekat". Semasa berumur 10 tahun, emaknya cuba menukar agama kanak-kanak itu kembali ke Agama Asal tetapi diberitahu pegawai tertentu bahawa hanya individu terbabit boleh menentukan agama pilihan apabila mencapai umur 18 tahun.

"Semasa di sekolah menengah, saya sering menjadi mangsa diskriminasi dan penghinaan atas nama kaunseling oleh guru-guru tertentu. Saya terasa amat marah tetapi terpaksa tanggung semua itu demi pengajian," individu itu meluahkan.

Seterusnya, semasa menyambung pelajaran di kolej, dia dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu niat membawa kes ke mahkamah kerana tidak mahu pelajaran terjejas akibat komplikasi yang mungkin wujud.

"Selepas tamat belajar dan mula bekerja, saya menghantar permohonan untuk kembali ke Agama Asal. Sudah lima tahun, belum ada sebarang keputusan. Malah, kes belum dibawa ke mahkamah," dia mengakhiri ceritanya.

Kesemua individu yang saya temui di pusat peranginan itu mengakui bahawa semasa sesi kaunseling, kaunselor akan mengutuk dan menghina Agama Asal semahu-mahunya; kononnya untuk menyedarkan mereka tentang kehebatan Agama Baru.

"Kesan psikologi yang berlaku adalah sebaliknya; kami semakin menyampah, kecewa dan mula membenci Agama Baru," seorang pemuda menyimpulkan.

"Kami tahu bahawa Agama Baru itu tidak bersalah. Ajaran sebenar yang terkandung dalam Agama Baru — atau mana-mana agama — adalah amat baik," kata seorang lagi.

"Tapi akibat sikap buruk kaunselor yang menghina dan mengutuk semua agama selain Agama Baru membuatkan kami semakin menyampah dan pintu hati tertutup rapat," sambung rakannya.

Pada pandangan seorang lagi: "Kalau kami mahu dipancung sekali pun, hati kami tidak akan terbuka untuk mengaku kami penganut Agama Baru. Semua ini akibat sikap buruk yang ditunjukkan oleh kaunselor yang kononnya mahu membawa kami kembali ke pangkal jalan."

Seorang lagi pemuda berasal daripada keluarga di mana si bapa adalah kaki botol serta sering bergaduh dan memaki-hamun anak-isteri.

Akibatnya, semasa berumur 12 tahun, dia berhenti sekolah, tinggal di asrama dan bekerja di sebuah kilang. Dia sering menangis mengenangkan nasib dirinya.

Pada waktu itu, rakan-rakan yang bekerja di kilang berkenaan memujuknya supaya meninggalkan Agama Asal dan memeluk Agama Baru; kononnya akan menyelesaikan segala masalah dalam hidup.

"Saya yang masih mentah mengikut sahaja dengan harapan dapat mengubah hidup. Malangnya tiada apa-apa perubahan. Rakan-rakan yang kononnya mahu membantu, mula menjauhkan diri selepas saya meninggalkan Agama Asal dan memeluk Agama Baru," katanya dengan kecewa.

Menurutnya lagi, semasa berumur 16 tahun, dia menyedari apa yang berlaku dan mahu kembali ke Agama Asal.

"Malangnya, terdapat pelbagai halangan dan sekatan dikenakan. Umur saya kini 25 tahun dan perjuangan saya untuk secara sah kembali ke Agama Asal masih berterusan."

Kes lain adalah berkaitan seorang pemuda yang bercinta dengan gadis berlainan agama.

"Saya bersedia untuk meninggalkan Agama Asal dan memeluk Agama Baru kerana perkara itu yang menjadi faktor penghalang utama untuk kami bersatu," pemuda itu berkongsi kisah.

Malangnya, selepas itu, ibu bapa kekasihnya tetap tidak membenarkan mereka berkahwin kerana berlainan kaum.

"Kini saya terbuang, tersisih dan terumbang-ambing. Saya tidak boleh berkahwin dengan gadis yang saya cintai dan saya juga tidak dibenarkan kembali ke Agama Asal berikutan karenah pihak tertentu," katanya.

Seorang lagi menceritakan bahawa bapanya dulu masuk Agama Baru untuk berkahwin. Sejak kecil, mereka sekeluarga tidak pernah mengamalkan Agama Baru.

"Saya juga tertarik pada Agama Asal, iaitu agama asal bapa saya. Enam tahun lalu, saya berkenalan dengan seorang pemuda daripada Agama Asal. Kami sudah berkahwin mengikut upacara Agama Asal," dia mendedahkan.

Semasa mengandungkan anak sulung, dia dan suami memutuskan untuk menggugurkan kandungan kerana tidak mahu anak yang lahir menjadi mangsa perebutan antara Agama Asal dan Agama Baru.

"Begitu juga anak kedua. Kini saya mengandung lima bulan. Saya tidak tahu nasib anak ini apabila lahir nanti," wanita itu menceritakan.

Kesemua individu berkenaan mengatakan bahawa mereka tidak tahu berapa lama kes mereka akan berlarutan atas alasan sesi kaunseling yang sebenarnya — kata mereka — lebih merupakan sesi penderaan mental dan sesi mengutuk agama-agama lain.

"Bayangkan, orang lain berhak untuk bercinta, berkahwin dan mempunyai anak. Kami pula tidak mampu menikmati semua itu kerana dihalang dan terhalang," kata seorang.

"Masakan kami mahu berkahwin dengan individu daripada Agama Baru semata-mata untuk menikmati hidup berkeluarga sedangkan hati dan jiwa kami bersama Agama Asal," soal seorang lagi.

Dalam kes lain, seorang pemuda bercinta dengan teman sekerja. Untuk membolehkan mereka berkahwin, dia meninggalkan Agama Asal dan memeluk Agama Baru.

"Setahun kemudian, isteri saya menuntut cerai kerana mahu berkahwin dengan lelaki lain. Terus-terang, saya hanya meninggalkan Agama Asal untuk berkahwin. Saya tidak pernah walau sedikit pun mengamalkan ajaran Agama Baru," katanya.

Selepas bercerai, dia mahu kembali ke Agama Asal kerana jiwa dan raganya tetap bersama ajaran agama itu.

"Malangnya, usaha, niat dan impian saya disekat dan dihalang dengan pelbagai cara dan alasan. Sedangkan bekas isteri saya sudah berkahwin lain dan ada dua anak bersama suami barunya," ujarnya dengan kecewa.

Dalam kes lain pula, seorang gadis bercinta dengan seorang pemuda yang memujuknya meninggalkan Agama Asal dan memeluk Agama Baru supaya mereka boleh berkahwin.

"Tetapi tidak sampai lima bulan selepas saya tukar agama, pemuda itu menghilangkan diri. Saya dapat tahu daripada kawan-kawannya bahawa dia memang tidak berniat mengahwini saya, sebaliknya mahu menambah pengikut Agama Baru," dia menceritakan.

Sebaik menyedari dirinya ditipu, gadis itu berusaha kembali ke Agama Asal tetapi dihalang dengan pelbagai cara.

"Bayangkan: Apabila saya meninggalkan Agama Asal dan memeluk Agama Baru, prosesnya amat mudah dan tak ada apa-apa masalah," katanya.

"Benar! Tetapi apabila kami mahu kembali ke Agama Asal, sekatan yang pelbagai dikenakan; termasuk menghina kami dan Agama Asal kami," individu lain dalam kumpulan itu menyahut.


PEsanKu: jangan terpedaya...tetapkan Iman mu...ingat lagi tak rukun Iman ada berapa? Rukun Islam Ada berapa? takkan waktu sekolah jer ingat... MasyaAllah jangan lupa tuhan Yang Maha Esa... Allah S.W.T dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah...

Sunday, August 7, 2011

Bulan Ramadhan tiba lagi ^.^

Alhamdulillah...dah seminggu kita dah mengerjakan ibadah posa kan?minggu ni minggu kedua suda... yeaa

you all dah ada pernah ponteng ka? heheheh jan mareh...saya? heheh besalah..pmpuan ari ni dah 2 hari 'cuti' miaahhahah ari sabtu tu sempat jugalah kasik habis puasa satu hari tu. 

oke tinggal 3 minggu saja lagi kita posa..hihihi kalau kira hari 21 hari lagi hoooo macam lama lagi..tapi sabar saja la kan sabar tu separuh daripada iman.... ada juga orang cakap bulan Ramadhan ni bulan mencari rezeki...betullll tengokla dimana mana pun ada bazaar ramadhan. 

Paling best bazaar Ramadhan..yang sya pigi kan di bazaar Ramadhan Tuaran...wooo best paling happening sama banyak pilihan....air tebu, ABC, lauk pauk..kuih muih, yaaa sedap betul... saya pulang paling saya suka ..cendol.... hahahah ini cendol ni ada saturang saja yang jual...homemade cendol tiap2 tahun ustaz ni jual dan paling laku... panas2 lagi kalau tempat lain cendol dia sudah campur ais...yang ustaz ni pula cendol dia masih panas..sedaaappp

hahaha cakap pasal makan ni...teingat pula petang ni pulang dari kerja saya mo singgah bazaar Ramadhan Tuaran lagi la...mo beli cendol ustaz tu...heheheh chauu

Selamat berpuasa semua.... ^_^*  

Wednesday, July 27, 2011

Buat teman yang pernah ku kasihi - Siri 2

Teman,
     Bukan saja telefon menjadikan hubungan kita lebih rapat, malah surat juga menjadikan hubungan menjadi lebih erat. Aku tersenyum sendiri dengan lembaran surat dari teman. kadangkala aku menangis dengan cerita teman yang penuh keharuan. Setiap kali teman mengakhiri surat teman, teman akan menulis "your Hero". Aku tersenyum melebar dan membalas surat teman dengan penuh gurauan dan mengkahiri "you punya Penjahat" :) aku menjdai malu sendiri bilamana teman membacanya di depanku.

Teman,
    Waktu demi waktu telah berlalu, teman semakin kurang menelefon dan menemuiku. Hanya surat teman datang mengunjungiku yang entah dari mana? Aku semakin curiga bila aku tidak nampak kelibat teman di pekan. Pekan kecil di bawah gunung. Aku cuba menelefon teman, tapi hampa kerana dah beberapa hari teman tidak pulang. Akhirnya aku tahu teman di dalam 'tahanan'. Aku menghubungi 'di sana'. Pihak 'disana' menuduhku yang aku juga terlibat dalam 'kes' teman, tapi aku menafikan sekeras kerasnya! Nasibku baik apabila pihak tersebut mengenaliku setelah aku memperkenalkan diri. 'Dia' menerangkan kepadaku siapa diri teman sebenarnya. Rupanya teman berbohong denganku! Hancur sungguh hatiku. Bagai kepingan lilin yang jatuh ke batu pecah berderai. Selama itu teman menipu aku...teganya dirimu teman......

Akhirnya....

Thursday, June 16, 2011

Buat teman yang pernah ku kasihi - Siri 1

Teman,
Ku doakan agar dirimu sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan menyenangkan. Maafkan aku teman, andainya coretanku ini akan menyinggug perasaanmu. Ku susun sepuluh jari serapat mungkin untuk memohon maaf dari mu jika tika teman membaca coretanku ini bisa mengganggu emosimu teman. Maafkan aku....

Teman,
Tentunya teman ingat akan diriku ataukah teman telah luputkan diriku dan bayangku dari lipatan memori teman? Aku tidak peduli akan semua itu, aku cuma ingin mengetahui khabar berita dari teman. Bagaimana agaknya kehidupan teman sekarang? Adakah teman sudah berubah atau masih seperti dulu? Janganlah teman meneruskan kehidupan teman seperti dulu, aku ngin melihat teman menjalankan kehidupan baru dalam keinsafan. Jauh dar kehidupan negatif,jauh dari dosa. Insaflah teman.....

Teman,
Tentu teman masih ingat saat perkenalan kita bermula.... pada mulnya kita cuma berkenalan melalui telefon. Setiap kali aku bergrau teman akan mengatakan "Kalau aku dapat engkau, aku lipat-lipat masuk dalam poket" Aku cuma ketawa, pastinya teman bertambah geram. Setiap kali jua teman ingin berjumpa dengan ku. api aku? aku berdalih dengan seribu satu alasan.

Akhirnya kia bertemu juga.....