nak cari gift yang untuk semua acara....

Wednesday, September 22, 2010

dari dairiku siri 2

Well terimakasih atas sokongan anda…. Nak saya teruskan juga….? Okelah..ermm sampai mana suda saya tu ah? Oh ya pasal budak lelaki sekolah rendah tu ya?
Errmm perasaan suka (time budak2 laa) tu masih saya simpan tak pernah pula terfikir nak tengok budak lelaki lain..errr tak berminat kot…hanya budak ni saja yang saya minat waktu itu…aiii….
Tibalah masa masuk ke sekolah menengah…..dan kami bersekolah d sekolah yang sama Cuma, berlainan kelas saja…dalam menjejakkan kaki kealam remaja ini memang terlalu dan terlebih complicated nya…. Ada macam2 ragam remaja sekolah menengah ni…terutama sekali remaja perempuan…ada yang dah pandai control ayu…hahah yang lelaki nya pun begitu control macho…. Berkumpulan…bagi yang gadis2 bila berkumpulan memang Nampak kesemua mereka tergolong yang cantik2 dan comel2….aduuh! terasa diri ini sangat nda comel dan nda cantik….alhamdulillah …. Dalam menempuhi alam remaja kulit muka saya ni jerawat batu ‘segan’ nak tumbuh…mungkin sebab jenis kulit saya ni tergolong dari kulit normal..kalau jerawat pasir tu errmm biasa la…
pernah ada satu hari budak lelaki menulis satu nota untuk saya..katanya nak jumpa kat library sekolah…saya langsung tak tau sepakah gerangan yg empunya diri..yng pasti nota tersebut d tujukan kepada saya..nama saya…aii nama penuh lagi tu… ni yang buat saya takut dalam gembira ni…saya pun pergi la ke library sekolah sebelum sesi petang…saya dan kawan saya ni duduk d meja paling belakang kat library tu dan tepat2 nampak ke pintu jadi kami boleh la nampak siapa2 yang masuk waktu tu…
tibala time yang d tunggu2 jam menunjukkan jam 11 pagi…di mana janji ‘pemberi nota rahsia’ itu menentukan masa nya…kami pun menoleh ke pintu bila pintu library di tolak dari luar…masuk la 3 orang remaja lelaki…alangkah terkejut nya saya bila si dia menoleh ke arah saya lalu tersenyum….jantung saya berdegup kencang muka terasa panas walaupun dalam aircond….mungkin da blushing… tapak tangan saya dah berpeluh2 macam orang kena demam angau…ke tiga2 remaja lelaki tadi begerak ke arah kami berdua…erk? 3 lawan 2 mana aci….saya jadi gelabah …saya jeling kawan saya itu..aik? boleh2 dia selamba jak baca buku…tapi yang peliknya buku dia terbalik….errmmm rupanya bukan saya sorang jak yang gelabah rupanya..dia pun turut sama panic…aiii….saya siku kawan saya tu dia jeling saya sambil memberi respon dlm diam saya tunjuk buku yang dia baca…bulat matanya…cepat2 dia memperbetulkan posisi buku yg di bacanya….adee sempat pulak remaja lelaki tu Nampak tersenyum lucu pulak diorang…. Bikin Panass….
“lama suda tunggu ka?” Tanya lelaki tersebut dalm suara perlahan maklumla dalam library…bijak juga diorang aa…bawa buku teks..konon nak ulangkaji…
“inda juga la baru 10 minit” jawab saya… kawan saya mengangguk angguk tanpa mengangkat muka dari buku… ishk dia ni….
“ermm…” jejaka tampan didepan saya ni mula bersuara sambil mengeluarkan buku nota dan pen…
‘sabtu ni free ka?’ dia tulis di atas buku notanya…. Saya pun menjawab tapi kat buku nota saya..
‘kenapa?’ Tanya saya… ‘kita p library pekan, boleh?’ saya jeling kawan saya tu… ‘perbicaraan’ kami itu disaksikan oleh 6 pasang mata..yang ada sama2 kami…mereka mengangguk2 termasuk kawan saya tu…adee… dalam fikiran saya macam malas mo keluar…duduk di rumah lagi best… tapi oleh kerana kawan saya ni sudi di bawa …okela saya pun bersetuju…lelaki tadi tersenyum lebar….
Tentu kamurang tertanya2 siapa remaja lelaki macho yang saya maksudkan tu betul tak? Biar saya beritahu pada lembaran saya akan datang…sampai di sini dulu… daa….

Sunday, August 15, 2010

diari ku

Hai, salam perkenalan dari saya…
Izinkan saya mengisi ruang pembacaan kamurang semua..itu pun bagi yang sudi membaca lembaran saya ini… :)

Setiap manusia di bumi ini mesti mempunyai satu lembaran kenangan dalam hidupkan? Tak kiralah apa pun, janji ianya satu kenangan milik diri yang abadi..yang memang tidak akan kita lupakan sampai bila2.
Biarla saya perkenalkan diri saya sebagai ‘penulis rahsia’ jangan anggap saya seorang misteri..tidaaakk saya bukan seorang yang misteri…Cuma saya mau merahsiakan identity diri saya dulu.

Oke la…jangan buat diri kita bosan la pula kan? Meh saya mula kan cerita saya…errr sebenarnya darimana saya mau mulakannya? Oke begini saya harap kamurang boleh terima bahasa dari Sabah saya ni…sebab saya rasa dengan menggunakan bahasa Sabah saya lebih senang mencoretkan cerita saya ini.

Saya dilahirkan di sebuah pendalaman di Sabah….boleh di katakan saya ni seperti ‘katak di bawah tempurung’ bukan saya langsung tidak tau tentang dunia luar….t.v kan ada…. Cuma saya ni jarang jarang pergi ke Bandar besar seperti Kota Kinabalu… hanya beberapa kali saja dalm hidup saya dulu…itu pun pergi bersama keluarga..maklumlah anak perempuan tunggal keluarga…

Saya rasa biar saya mulakan kisah percintaan saya…kalau kamurang rasa ianya membosankan emmm….sebenarnya saya sendiri pun nda tau ‘its complicated’ bilang orang barat… hahahha.. mungkinlah… sebenarnya sampai sekarang saya sangat suka tengok lelaki berkaca mata kalau ngam lagi dengan penampilannya…wow! Memang sya suka…dan identity begini la yg membuatkan saya jatuh hati pada seorang budak lelaki sewaktu sekolah rendah…. (sekolah rendah tuu) saya belajar di sekolah rendah lain manakala lelaki tersebut belajar di sekolah yang lain di pekan ini..walaupun budak perempuan lain menganggap lelaki berkaca mata ni ‘lurus bendul’ mungkin sebab pengaruh dari drama t.v macam ‘Saved by the bell’ ‘steve urkel’ dan macam2 lagi la yag menampilkn watak lelaki berkaca mata ni seorang yg lurus bendul. Tapi yang penting bagi saya …. Saya suka…saya pun tidak tahu dari segi apa…errrmmm bagi saya biarpun diorang ni Nampak macam lurus bendul tapi rata2 diorang ni tergolong dari budak2 yang agak genius jugala….. eh?! Yang penting saya suka…hmhmhm
Tapi sya ni tergolong dalam budak perempuan yang penyimpan perasaan…kira macam jadi secret admirer la waktu tu…Cuma tidak di luahkan saja….dan setiap kali pergi sekolah dan pulang sekolah saya sering bertembung dengan budak lelaki ni…orang dah diam2 kan jadi si lelaki ni pun manakan perasan… nak jeling pun….emm palis…hahaha lucu la kalau ingat balik…any way nak terus kan juga la ni….

Ert korang tak rasa bosan ke? Kalau rasa bosan let me know…I’ll stop here walaupun cerita baru bermula dan ianya masih banyak dalam kotak memori saya…rasanya saya nak luahkan semuanya disini.

Wednesday, June 30, 2010

diri ku.

diri ku hanya la seorang gadis biasa....
Umur suda mencecah 29 tahun...
Status, mestila bujang...tapi hati ku suda pun bertaut pada seseorang...chewah....heish pembukaan ni bha...macam pembukaan satu cerita sedih la pula...apa nda sambil menaip sambil di alunkan lagu slow Adaa-Clarice John Matha...sebuah lagu dusun dari negeri kelahiran saya....
Anyway! Salam perkenalan.,,kalau ada silap salah,*ikon tunduk hormat style org Jepun* 'sila beri tunjuk ajaarrr....Arigato'