nak cari gift yang untuk semua acara....

Thursday, April 10, 2014

Kisah hidup berumah tangga.

Kisah hidup...
Satu waktu dulu si isteri yg punya akaun FB... Telah mengepos status menyatakan selamat hari lahir kepada anaknya. Kemudian rakan FB nya seorang lelaki juga membalas komen dgn ucapan yg sama. Si suami ternampak komen tersebut dipanggilnya si isteri kedalam bilik dan memarahi si isteri. Si isteri sakit hati kerana di tuduh suami bahawa lelaki yg menghantar komen itu ada hubungan dengannya padahal cuma rakan FB tiada apa2 pun. Si suami juga menyatakan yg kepercayaan terhadap si istri telah berkurangan kepada 90%. Si isteri hanya berdiam diri air mata bercucuran tidak tahu apa lagi yg nak dijelaskan sebab lelaki yg membalas komen itu hanya rakan FB itu saja. Si isteri redha. Satu ketika si suami terbaca msj tentang joinventure bisnes. Sebenarnya si isteri baru bertanya tentang bisnes itu untuk lebih faham lagipun cuma kawan lama yang dia memang kenal dari sekolah rendah. Cuma sms, si suami naik angin lagi. Si isteri terangkan yang sebenarnya kerana itu hanya berbalas sms tentang bisnes pun.
Satu ketika si suami sudah ada fb.... Wechat dan wassap itu pun si isteri yg ajak download supaya dpt berbalas msj dan panggilan percuma. kemudian Si isteri tahu si suami rapat dengan seorang perempuan. Si suami kenalkan adik angkatnya itu... Cuma adik angkat itu yg si suami nyatakan kepada isterinya. Si isteri menyedari mereka lebih rapat tidak serapat adik beradik pun. Tengah malam berbalas msj tengah malam buat panggilan tanya dah sampai rumah atau belum dah tidur atau belum bangun pagi nak minta kejutkan. Nak pergi kerja pun nak kena pick up selepas si suami mengantar isterinya pergi kerja. Padahal satu jalan saja pun tidak salah singgah sebb kereta masih kosong.
Isteri mana yang tidak terasa semua tu... Isteri mana tidak kecik ati dengan keadaan mcam tu...isteri mana yang tidak hilang senyum sejak kejadian tu....
Si isteri mohon ampun jika senyumannya tidak seindah dulu.... Si isteri mohon maaf jika si suami terasa perubahan si isteri.... Tapi si suami tolong la berfikir kenapa si isteri menjadi begitu.... Si suami tolonglah ingat sejak bila si isterinya berubah wajah.
Si isteri minta maaf kerana senyumannya tidak akan sama seperti dulu. 

Tuesday, December 10, 2013

goodbye doesn't mean forever

Hello good morning everybody... all bloggers all the blog walker or visitor...

its almost a year I did not posted something on this my blog wall...

today is 11.12.13 what is special about this date for you all folks? for me its just another day. nothing special or maybe you want to make this day to a special day that you will not forget for all your life and you can tell it to your grandchildren one day.

its almost end of year 2013.... for me this year make me almost die with my dangerous job that i loved but, thanks to almighty god that i still alive until this day... and i pray to Him that He will let me live for the next year and do my job. Amen...

about love.... this year i fall in love with someone.... i called him dear... how i love him... until i almost forgot that i just know him this year but i feel that i already know him a long time ago... its feel like i know him from childhood... hahaha thats a lie. but since couple of month ago... he just 'dissappeared' like a blink of eyes... i message, inbox, wechat and etc. he didn't replied me i know he already 'seen' my message... but still no reply...its hurt me... and thinking this is my another
black love.... huuuuu.

well.... now i know... that maybe i dont have luck in love.... okey... nevermind.... just let it be like this... forever alone.... but honestly i am happy this way....

Sunday, December 16, 2012

Kisah cintaku dan panda ku

Saya masi ingat prinsip sya waktu skolah dalam persahabatan.'friend in
need is a friend indeed' mungkin itu sebabnya saya masih berkawan
dengan orang2 yang menganiaya saya...
Alangkah naifnya diri ini walaupun tahu diri di aniaya masih lagi mau
berkawan dengan dorang....bukan apa mungkin saya takut saya tidak akan
mendapat kawan lain lagi, saya takut untuk kehilangan mereka.saya agak
pemalu waktu sekolah,sebab masa saya sekolah rendah saya sering di
buli oleh rakan sekelas...ada yang panggil saya 'puok' (burung hantu
*bahasa dusun) ada yang panggil saya sotong...mungkin sebab mata saya
ni besar tak padan dengan muka saya yang kecil.
Saya tak ingat macam mana saya boleh menyukai budak lelaki berkaca
mata yang berlainan sekolah. Tapi, itu lah kami tinggal di kawasan
perumahan yang sama. Sampai satu tahap saya tulis surat pendek untuk
di berikan kepadanya...tapi yah saya ni pemalu...dan jarang
bercakap.last last surat tu saya selit dalam badan panda bear
kesayangan saya.
Hari berganti tahun...saya berada dalam alam remaja....hem alam remaja
yang penuh cabaran dalam konflik mencari indentiti diri. Bagi saya
'simple is my choice'...sampaila satu hari saya jumpa ayat di dinding
sekolah... 'friend in need is a friend indeed' saya rasa saya boleh
jadi sahabat setia dan baik.
Oleh kerana sifat pemalu saya yg sangat tebal saya di permainkan oleh
rakan sekelas saya.hampir2 saya di bawa berjumpa dengan pengetua
sekolah gara2 mereka. Akhirnya saya sendiri berjumpa dengan c mangsa
kejadian untuk meminta maaf. Tapi saya adalah mangsa
penganiayaan.siapa diorang tu? I just don't want to mention any name
here, let it be a secret....my secret.

Oh ya, tentang lelaki berkaca mata tu.... Saya masih setia
menyukainya....sehinggalah satu hari saya dengar dia mau bersekolah ke
sekolah vokasional. Tak tau apa nak buat sebelum ni boleh dikatakan
setiap hari saya hantar surat kepadanya...dengan sign 'secret admire'.
Ah bodohnya saya rasa sebab guna tag itu..kenapa saya tidak guna nama
saya saja? Saya seorang yang pemalu...malu untuk bertembung dengannya
apatah lagi nak bersemuka dengannya.
Akhirnya minta bantuan dengan kawan...call rumahnya,....guna public
phone dan sebab saya tak tau nombor telepon rumahnya...huhuhu
Bila suda mula bercakap dengannya seluruh tubuh menggeletar...jantung
berdegup kencang sampai suara hampir hampir nda tekeluar.
Dia: helo...
Sya:errr ya helo...
Dia:sepa ni? **** ka?
Sya: errr ya...
Dia:ko suka sama sya ka?
Sya: em ............ Ya!
Dia:kalau sya cakap,ko jangan nangis ah?
Sya: em nda.
Dia: emm... Bukan apa, selama ni sya cuma anggap ko ni macam adik sya sendiri.
Aduh! Macam terhenti jantung sya.... Bibir sya menggeletar....lepas tu
sya tak tau mo cakap apa lagi.sya letak ganggang telefon.kawan saya
tu, lepas dia serah telefon sama saya...dia terus pulang... Saya
menahan airmata daripada luruh di pipi saya.sya nda tunggu lagi...saya
terus berlari pulang....nasib baik tak ada orang di rumah. Bapa pergi
kerja adik sekolah sidang petang. Mak dan adik bungsu balik kampung.
Sampai rumah saya luahkan semua sama panda bear kesayangan saya.saya
peluk panda,sya keluarkan surat pendek yang saya tulis 4 tahun lepas
dari panda kemudian saya bakar di singki sambil menangis......
Akhirnya saya tertidur..nasib baik kawan2 tak datang bertandang
kerumah. Duduk di tingkap bilik rumah dapat lihat dia bila dia duduk
dekat tingkap biliknya. Rawan hati sedih,pilu...hancur....panda jadi
basah...sya peluk panda,sya usap panda...kalau la panda tu boleh
bercakap....hidup....dia tahu semua isi hati saya.
Bila dia suda pindah sekolah...saya mulai keluar...jadi agak liar
sikit...banyak cakap dan lebihberani mengusik lelaki...mengusik
saja.hihi
Tapi...sebenarnya, hati masi meracau mencari dia.sebelah hati kata 'ko
tunggu la dia' tapi sebelah lagi kata...'ah ko masi muda,kan dia cuma
anggap ko macam adik dia.apalagi ko mo cari2 dia?'
Ku panjatkan doa kepada tuhan agar mengunci hatiku untuk mana2
lelaki...sehinggala ianya bertemu dengan lelaki yang ada kuncinya.
Tapi, hakikatnya ada satu taman dalam hati..pagar taman tu masih
berkunci,dalam taman tu,ada pokok kaktus liar,di tengah2 kaktus
tu...ada satu 'pohon hati' yang masih hidup mekar sehingga kini.
Namun kini hatiku di rundung rawan lagi...apabila semuanya hampir
bermula,tetapi hancur kembali.walaupun begitu, 'pohon hati' itu tetap
di tempatnya.masih menunggu tuan punya kunci untuk membukanya dan
memetik 'pohon hati' tersebut untuk di tanam dalam taman hatinya.

Tuesday, December 11, 2012

The Reposting

2010 banyak meninggalkan pengalaman suka duka dan kenangan yang begitu menyentuh perasaan sya darilah awal tahun 2010 sampai akhir tahun 2010..
perkara yang sangat menyentuh perasaan saya adalah... selepas 19 tahun barulah saya menemukan satu jawapan bagi suatu misteri yang selama ini tersimpan dan terpendam sebagai satu kenangan yang bagi saya amat manis untuk di kenang... memang dari dulu 19 tahun yang dulu saya memang ada simpan hati dengan dia... tapi bila selepas 6 tahun saya 'mendiamkan' diri dan mengintai dirinya dari jauh saya cuba untuk meluahkan perasaan hati saya ini kepadanya melalui kawan saya yang juga bekas classmate dia (yang masa tu umur saya 16 tahun) melalui telepon ....tapi apa jawapan yang saya terima dari dia.... dia cakap 'selama ini saya anggap ko macam adik saya..' ergh memang sakit la hati ni... 6 tahun saya simpan perasaan kepadanya... 6 tahun geng! 6 tahun.... (rasanya sampai sekarang sya nda boleh lupa) rupanya selama tu dia anggap saya ni macam adik dia....sedih tu memang la sedih, saya nangis..... sampai bengkak mata saya sampai bapa saya sendiri tanya kenapa sya nangis...sebagai seorang anak dan bapa saya tu seorang yang 'spoting' sya bagi tau la sama bapa saya apa yang terjadi...so, bapa saya cakap....'bha apa boleh buatkan... orang nda suka...ko nda boleh paksa...' betul juga apa yang bapa saya cakap tu....saya baru 16 tahun...ada masa panjang lagi untuk hidup (agaknya la) dan saya boleh cari yang lebih baik dari dia kan?

Tapi...orang cakap kita boleh menipu orang lain...tapi kita tidak boleh menipu diri kita sendiri....kami tinggal sekampung so, saya tidak boleh 'melarikan' diri saya dari tidak melihat atau bertembung dengannya....dan satu saja cara saya untuk tidak 'bertembung' dengannya ialah mengurungkan diri di rumah...kalau ada perkara penting barula saya turun pekan... haaaiiii bukan sekadar tidak bertembung di alam nyata...di alam mimpi pun saya sering 'bertembung' dengannya nasib baik tiada alam bunian kalau ada, mau saja saya lari ke alam bunian...mana tau kut2 boleh berjumpa dengan putera bunian...hahahha.....dunia...dunia...dunia remaja memang banyak pahit manisnya....selepas 'putus' dengannya walaupun tidak pernah jadi couple.. saya ada seorang boyfriend masa tu saya tingkatan 5...tapi.. hati tetap teringat dengan yang pertama... boyfriend saya ni memang baik orangnya....tapi sebelum saya menjalani peperiksaan SPM dia menghilangkan diri...kata cousin dia...dia balik ke kampung sebab bapa dia sudah retire so sekeluarga balik la ke kampung...masalahnya di sini boyfriend saya tu nda pernah pun mengkhabarkan sama saya walaupun dia tau nombor tepon rumah saya tapi sejak dia balik kampung dia....dia nda pernah pun call saya...sakit lagi hati saya...this is second time....but Rod Stewart said that 'the first cut is the deepest' mungkinlah....nasib baik keputusan SPM saya oke la alaaa pangkat 2 ja...tu pun orang cakap 'sekadar cukup makan'... walaumacamana pun yang pertama adalah yang saya tetap masih ingat... kadang2 saya tulis dalam diari saya yang saya masih mengharapkan dia....masih mengharap....

Aduh panjang pula cerita saya ni...tapi bila diingat balik memang sakit hati saya...namun pada bulan Oktober 2010 misteri selepas 19 tahun disimpan rupa2nya ada cerita d sebaliknya...patutla masa saya jumpa dia d pekan Tuaran 8 tahun yang lepas...saya tengok dia terkejut beruk nampak saya di sini...sampai dia tanya saya '***? apa ko buat di sini?' hahahha saya jawab 'patut saya yang tanya ko...apa ko buat sini? ini kampung saya' dan saya masih ingat bila mana saya kenalkan dia pada tunang saya....saya nampak air muka dia macam lain....saya nampak dalam mata dia macam ada kekecewaan.. tapi kenapa la saya tidak terpikir semua tu? oh mungkin saya rasa dia masih anggap saya ni macam adik dia saja....tapi waktu itu dia pun suda ada girlfriend... so, I pun don't mind juga lah... lepas saya kawin..... saya jumpa girlfriend dia d tempat kerja dia...bukan mo menyerang tapi mo menyergah saja...hahahha belum sempat saya tanya apa2 girlfriend dia trus cakap 'sorry kami nda tepigi d majlis kamu tu...si ****y masuk hospital kena asma' punya la saya tekejut beruk... 'Aik? bila masa pula tu budak ada asma?' berubah terus air muka pempuan tu....saya yang agak sensitif pada perubahan wajah dia tu pun bagi tau dia perkara sebenar mungkin dia heran macam mana saya tau...'kami dulu tinggal sekampung dan membesar bersama...' baru la dia oke....saya sangat berharap juga durang ada jodoh sebab pmpuan ni cousin husband sya....yaaaiii tapi durang pun nda jadi....lain pula cerita yang saya dengar..... ermmm mungkin bukan jodoh...

sekarang ni.....saya cuba untuk berfikiran positif....biar yang lalu tu berlalu....cinta yang dulu biarla berkubur bersama mimpi.....cinta yang saya ada sekarang cukup untuk membuat saya terus 'hidup'. anak2 saya....senyuman, gelak tawa, kenakalan, kedegilan dan kepintaran mereka yang buat saya terus bersemangat.... yang penting komunikasi antara anak2 sangat baik.....tanggungjawab tetap diutama kan.... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...moga2 tahun ini adalah tahun 'gembira' saya....dan ungkapan 2010 bagi saya ialah 'Now I know the truth, the mystery is solved....but the truth is hurt to be known'
 
sebenarnya sya nda ingat di mana sya pernah post benda alah ni heheheh
memynamePZ

Lirik Lagu (Aku Dan DiriMu)

tajuk: Aku dan Dirimu
Penyanyi: Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari
 
Ari Lasso
Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap
 
Bunga
Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah
Yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita
 
[Chorus]
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, s'luruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian
Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan sgala mimpi-mimpi jadi kenyataan 
Meleburkan semua batas
Antara kau dan aku, kita

 

disediakan oleh PR dedicated to PZ
(myfriend...don't forget your love in your heart)

Monday, December 10, 2012

Tak terluah oleh ku.

Oke....sya suda tau apa yang berlaku...dan saya terima ketentuan ilahi...
so, bagi saya memang patut sya terima semua ni...

lepas saya putus cinta beberapa kali...saya betul2 'tawar hati' bila ada kawan2 memperkenalkan saya dengan lelaki saya anggap macam kawan saja..bila si lelaki tu mengungkap kata cinta saya ketawa dan menganggap itu cuma gurauan semata mata. iya, waktu tu saya betul2 rasa tiada hati mau bercinta...bagi saya percintaan hanya untuk mempermainkan orang hahahah

kadang2 ada saya terima si lelaki ni jadi teman lelaki...tapi beberapa bulan kemudian saya putuskan dengan pelbagai alasan...sampai ada lelaki merayu (hampeh) tapi bagi saya diorang tu memang layak dibuat macam tuu.. dalam hati 'ah! sebelum diorang kasi tinggal saya, kasi sakit hati saya... bagus saya buat dulu. at least bukan saya yang sakit hati' hahahah
padan muka diorang mcam mana perasaan di kasi tinggal kekasih..hahhaha (ketawa penjahat)

satu hari saya pernah bercinta lagi..kali ni si dia betul2 serius....bila dia cakap dia mau hantar pinangan..... Alamak aku barui 19 tahun.... hahahah apa pula muda lagi la...nda mau nda mau...tapi dia bekeras juga..nah sya lari pigi kundasang kerja di sana cakap sama mama dan bapa 'kalau ada orang cari sya cakap sya pigi australia" hahahah australia tu...jauh oooo

betul si kawan tecari cari....baru ko tau...awal2 lagi mo p meminang kunun...i'm still young la man...

to be continue.....(next day)

Tuesday, December 4, 2012

Apa Khabar?

hai...
Apa khabar? Lama tak dengar cerita.... awak dah kawin kan? saya dengara awak dah ada 4 anak. macam mana saya tau? ermmm saya terjumpa dengan kakak awak.... dia yang cerita. Dia cakap, awak amsih simpan gambar saya. saya tau awak masi sayang kan saya. saya pun macam tu...
 
Dulu,
masa saya tau awak balik ke kampung bersama keluarga awak. awak tak pernah pun bagi tau saya. saya kecewa sangat..nda tau la macam mana mo cakap.tapi nasib baik sayamasih waras. saya tidak buat perkara yang bodoh. sebab saya akan menghadapi peperiksaan waktu itu. tapi kalau kita amsih bersama waktu tu mungkin saya akan dapat markah yang lebih tinggi. sebab tiada pemangkin saya belajar waktu tu. awak selalu bagi saya semangat supaya saya rajin belajar. rajin oh sya belajar. tiada sya ingat lain selain belajar dan awak. Sayang awak.
 
Tapi,
Tiba2 awak tiada tepon say lagi. lama juga awak teda tepon saya. Hairan. saya hairan masa tu. bila saya telefon balik pegi rumah awak...cousin awak cakap awak suda resign dan ikut keluarga awak balik kampung. dalam fikiran saya, kenapa?? apa salah saya?? saya tau awak sayang saya. tapi say tidak boleh terima yang awak telah tinggalkan saya. dalam fikiran saya awak cuma mempermainkan saya. saya betul2 kecewa.
 
satu hari,
saya terjumpa mak dan kakak awak di pekan. mak awak cakap awak kena 'pugai' (guna-guna/sihir) sedih betul dia. dia cakap  dia tidak tau mau baw pergi mana lagi mo ubat awak... sampai dia mau cari ustaz minta tolong leraikan pugai tu. saya blurr tidak tau mau cakap apa. sebab saya langsung tidak tau apa benda tu.
 
Awak..
saya tunggu juga awak datang cari saya...mau dua tahun juga saay tunggu awak datang. kenapa awak tidak datang cari kawan2 awak tanya saya di mana sebab kami suda pindah rumah masa tu. tapi masih di kawasan perumahan yang sama.sekurang kurangnya saya tau awak ada datang cari saya.
 
saya pernah ada pengganti awak.. tapi awak tau tak yang dalam hati saya cuma awak seorang saja.saya suka dia tapi tidak mencintai dia.dia adalah sepupu awak sendiri. kami bercinta, tapi tidak sama rasanya seperti mencintai awak... 'U teach me everything about love'
 
tapi satu hari dia pun pergi tinggalkan saya ... dia berhijrah ke Pulau Pinang...sampai sekarang dan tidak pernah bagitau saya atas pemergiannya.Sakit lagi hati ini... kali kedua. kalau luka ditempat sama luka tu makin dalam, makin pedih.
 
Mulai dari itu, saya bertekad untuk tidak bercinta lagi. serik rasanya lebih lebih lagi di tinggalkan tanpa ucapan 'selamat tinggal'
 
Whatever happen,
wherever you are,
Who ever with you or me,
The most important that I still missing you,
I still loving you, forever end ever and never lasting.
(M to N In Memory)